Terdapat beberapa jenis makanan yang sangat istimewa yang terdapat di Limbang ini, iaitu ikan tahai. Ikan tahai ini adalah sejenis ikan yang telah di panggang ( salai ) dalam bahasa tempatannya, dan seterusnya di biarkan kering di atas bara api sehingga ikan ini menjadi kering dan ranggup apabila di makan. Ikan tahai ini juga sesuai di buat sambal dan sungguh enak rasanya apabila dimakan bersama nasi panas... Dadah tahai ini adalah masakan tradisional Limbang yang mana ikan tahai ini cuma direbus dicampurkan dengan bawang merah dan bawang putih yang dihiris bersama cili padi. Walaupun ikan ini cuma ikan kering tetapai ikan ini sungguh menyelerakan. Ikan tahai ini juga boleh dimakan terus dan sungguh ranggup. Jadi tuan puan tak perlu lah pergi nun jauh ke Limbang untuk merasai ikan tahai ini. Berkunjunglah di restoran ini.
* Ikan Tahai yang telah siap di panggang (salai) dan boleh terus di makan.
* Dadah ikan Tahai.


No comments:
Post a Comment